MATLAMAT, MISI DAN VISI

 



En Abdul Shukor Bin Adan
Pengerusi/Ketua Kampung
Kg. Melayu Seelong

Matlamat penubuhan JKKK ini ialah bagi menyelaras kegiatan-kegiatan yang dijalankan di kampung ini, sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah ditubuhkan. Matlamat penubuhan JKKK adalah memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat dan membantu menaikkan taraf sosioekonomi penduduk.


Antara biro-biro yang ditubuhkan di bawah naungan JKKK Kampung Melayu Seelong adalah :

  1. Biro Keselamatan, 
  2. Biro Pertanian, 
  3. Biro Usahawan & IKS 
  4. Biro Pendidikan, 
  5. Biro Keceriaan, 
  6. Biro Agama, 
  7. Biro Kesihatan, 
  8. Biro Sukan / Hal Ehwal Pemuda, 
  9. Biro Ehwal Wanita 
  10. Biro Kebajikan Penduduk. 

Setiap biro mempunyai peranan dalam bidang masing-masing untuk membantu penduduk kampung.Pelbagai persatuan dan aktiviti telah ditubuhkan serta dijalankan di bawah seliaan biro-biro ini. Antaranya menubuhkan kumpulan marhaban, berzanji, silat, zapin, kompang dan nasyid. Kumpulan-kumpulan ini sering menerima undangan daripada masyarakat setempat dan juga penduduk di kampung-kampung berdekatan.



OBJEKTIF utama penubuhan JKKK ialah untuk mengujudkan satu kumpulan pengurusan yang mampu bekerjasama dan bertanggungjawab untuk mencapai matlamat di atas.

MISI nya pula adalah untuk JKKK kami mempunyai misi utama dalam penubuhannya iaitu mewujudkan kampung yang maju dan membangun seiring dengan kemajuan negara, menjadi sebuah kampung contoh dan berpontensi melahirkan graduan dalam pendidikan, menjadi kampung yang bersih, ceria dan selamat serta mampu bersaing di peringkat global. 

VISI penubuhan JKKK adalah merupakan hasrat kerajaan bagi menjamin kemajuan dan keselamatan negara. Oleh kerana JKKK merupakan organisasi yang paling hampir dengan masyarakat maka ia juga merupakan organisasi yang amat penting di dalam kemajuan kampung dan negara. Kemajuan sesebuah kampung juga dicerminkan oleh kesungguhan dan kegigihan JKKK untuk mencapai hasrat memajukan negara. Sehubungan dengan itu demi untuk menjamin kesinambungan ini berlaku dengan jaya, maka satu organisasi yang jitu, kemas dan sihat perlu diwujudkan.

No comments:

Post a Comment